Pages

Sunday, November 1, 2009

Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H


Assalamualaikum, Alhamdulillah semalam saya berpeluang untuk menyertai pertandingan Manifestasi Perdana Seni Khat untuk kali ke-4, saya menyertai kategori Dewasa, Seni Khat Thuluth dan pada pendapat saya, manifestasi kali ini memang terlalu hebat saingannya, pakar-pakar khat seluruh Malaysia berkumpul dalam satu pertandingan untuk menonjolkan bakat masing-masing, penyertaan saya hanyalah sekadar ingin mencuba bakat untuk kali ke-4 dan keinginan bertemu dengan pakar-pakar khat yang terkenal di Malaysia.

Manifestasi kali ini saya berpeluang berjumpa, bersua mata buat pertama kali dengan Ustaz Zuhud, Ustaz Hasrul, Ustaz Zolkarnain, Zafuan Embong, Syed Ubaidillah, dan ramai lagi. Terasa seronok apabila dapat bertemu dan berbincang hal-hal berkaitan dengan seni khat, lebih kurang macam majlis alumni jadinya ;)

Disini saya masukkan beberapa gambar yang sempat diambil selepas pertandingan untuk tatapan semua pengunjung.

Karya saya, masa 3 jam yang diberikan memang terhad untuk saya buat yang terbaik



Karya Ustaz Fadil Sulaiman



Karya Ustaz Shaharizal Sapia'i



Karya Yazid Misdi (Yayasan Restu)



Karya Ustaz Ilham



Karya Hamka (anak murid Ustaz Zainurrahman Afandi)




 

 
Karya-karya peserta lain



Karya kanvas Ustaz Fadil (siap dalam satu malam, last minit punya...hehe)

Akhir sekali, tahniah pada semua rakan-rakan khat saya yang turut serta dalam manifestasi kali ini, bersama-samalah kita membudayakan dan memperkasakan bidang seni khat di Malaysia, marilah kita buka 'mata' Kerajaan Malaysia untuk membantu kita semua memelihara seni warisan Islam yang unggul ini. Adalah menjadi harapan saya dan rakan-rakan khat yang lain, program seumpama ini perlu dikekalkan sampai bila-bila dan dimajukan lagi dengan pelbagai aktiviti lain seperti bengkel, seminar, perjumpaan tahunan dan seumpamanya. Sokongan dari pelbagai pihak terutamanya dari sektor kerajaan dan swasta amatlah diperlukan dalam program berteraskan Seni dan Islam ini.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com


Hak Cipta | Copyright Notice
Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

0 comments:

Post a Comment

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Facebook : http://www.facebook.com/firdausmahadi
Instagram : https://www.instagram.com/firdausmahadi
Twitter : https://www.twitter.com/firdausmahadi
YouTube : https://youtube.com/user/firdausmahadi

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.