Pages

Monday, May 21, 2012

Nasib Tulisan Jawi Semakin Membimbangkan



KUALA LUMPUR – Seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.
Menurutnya, tulisan jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.
“Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada penganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi? ,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.
Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris berharap akhbar yang mengunakan tulisan jawi seperti Utusan Melayu diberi nafas baharu untuk menarik minat rakyat di negara ini.
Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya.
“Di Korea, kami terjemah banyak buku ke bahasa dan tulisan Korea kerana mahu rakyat kami lebih menguasai bahasa dan tulisan Korea daripada bahasa-bahasa lain".
“Maka rakyat Malaysia perlu mempelajari tulisan jawi bagi memastikan mereka mempunyai jati diri Malaysia yang sejati,” katanya yang datang ke Malaysia pada 1984 untuk melakukan kajian terhadap tulisan jawi.
Menurutnya, rakyat Malaysia kini lebih selesa dengan tulisan rumi, ini menjadi faktor utama tulisan jawi semakin dilupakan.
Kyoung Seok berkata, sistem ejaan jawi sekarang perlu di kembalikan kepada system ejaan jawi Za’ba yang lebih ringkas dan mudah untuk dipelajari.
“Ini kerana asas ejaan jawi Za’ba mengunakan asas yang sama dengan tulisan jawi kuno berasal daripada al-Quran".
“Tulisan jawi sekarang asasnya adalah tulisan rumi yang ‘lari’ daripada asas tulisan jawi kuno,” jelasnya. - Bernama.

2 comments:

  1. Saya amat menyokong saranan Prof Kang bahawa ejaan tulisan Jawi hari ini mesti dikembalikan mengikut sistem Zaaba. Ia demikian simbolik dan mencerminkan sistem ejaan eksklusif.

    ReplyDelete
  2. Boleh tak nak tahu siapa penulis artikel surat khabar tu? Untuk rujukan

    ReplyDelete

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Facebook : http://www.facebook.com/firdausmahadi
Instagram : https://www.instagram.com/firdausmahadi
Twitter : https://www.twitter.com/firdausmahadi
YouTube : https://youtube.com/user/firdausmahadi

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.